top of page
Blog: Blog2

DENGGI OH! DENGGI...

Writer's picture: Siti Azima AwangSiti Azima Awang

Updated: Feb 24, 2019

Hari ni masih lagi bercuti untuk selesaikan hal rumahtangga a.k.a rutin suri rumah.


Bermula agak lewat dari biasa, jam 7.30 pagi baru hantar anak2 ke sekolah. Pakat letih sbb travel jauh, smp lewat malam pulak...


Diet anak2 pun ke laut pagi ni. Sempat minum susu coklat saja. Diet ibu? Huhuh, skip makan tengah hari sbb temujanji si comel utk suntik DTaP Booster hari ni jam 2 petang. Suntikan DTap merupakan kombinasi vaksin yang memberi perlindungan terhadap Difteria, Tetanus dan Pertusis.



Tengahari tadi sempat hantar 'Mosquito Killer' bersama2 Shampoo ASMAK dan minyak herba ASMAK yang tertinggal ke taska si comel. Ibu risau yak mat bila si comel demam panas bulan lepas dengan kesan gigitan nyamuk boleh tahan juga banyaknya.... Kalut bawa ke Jabatan Kecemasan Hospital USM. Mujur negatif denggi. Alhamdulillah...


Dari awal tahun, kes denggi di ICU masih belum surut. Ramai yang mengalami kegagalan organ seperti hati, buah pinggang, paru-paru termasuk otak hingga boleh mengakibatkan kematian.


Anaknya seorang sahabat, Alhamdulillah pulih dari denggi tetapi kerosakan buah pinggang masih belum selesai dan memerlukan dialisis 2 kali seminggu.


Hati di runtun pilu bila teman sekampung pula meninggal di ICU, kes denggi dengan kegagalan organ yang serius termasuk berlaku pendahan pada bahagian otak... 😭😭😭


Mengambil iktibar dari kisah-kisah di ICU, ibu berbincang dengan ummi tie Hjh Suriyati Mohamad kaedah yg sesuai untuk mencegah denggi sebelum ada yang hilang nyawa. Kami sayang semua anak2 comel ini. Bukan tiada tindakan daripada pihak taska, cuma adakalanya mesyuarah utk mencari yang lebih baik juga penting.


Kami cuma mampu berusaha, berikhtiar, berdoa dan bertawakkal pada Yang Maha Kuasa untuk melindungi anak2 comel ini dan semua yang bertugas menyantuni anak2 ini juga.


Terima kasih ummi tie Hjh Suriyati Mohamad kerana sudi menerima pandangan saya, ibu yang kebimbangan ini... 😁😁😁





2 views0 comments

Recent Posts

See All

Comentários


0139230509

©2019 by Cik Azie Agen MHASB. Proudly created with Wix.com

bottom of page