top of page
Blog: Blog2

BUMI SFERA ATAU RATA?

Writer's picture: Siti Azima AwangSiti Azima Awang

Updated: Feb 28, 2019

Pada zaman Nabi Muhammad shallallahu ‘alaihi wa sallam, awalnya perintah shalat itu sememangnya ke baitul Maqdis di Palestin.


Namun Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam berusaha untuk tetap shalat menghadap ke Ka’bah. Caranya adalah dengan mengambil posisi di sebelah selatan Ka’bah. Dengan menghadap ke utara, maka selain menghadap Baitul Maqdis di Palestin, beliau juga tetap menghadap Ka’bah.


Namun ketika beliau dan para shahabat berhijrah ke Madinah, maka menghadap ke dua tempat yang berlawanan arah menjadi mustahil. Dan Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam sering menengadahkan wajahnya ke langit berharap turunnya wahyu untuk menghadapkan shalat ke Ka’bah. Hingga turunlah ayat 144 Surat Al Baqarah.

“Sungguh Kami melihat mukamu menengadah ke langit , maka sungguh Kami akan memalingkan kamu ke kiblat yang kamu sukai. Palingkanlah mukamu ke arah Masjidil Haram. Dan dimana saja kamu berada, palingkanlah mukamu ke arahnya. Dan sesungguhnya orang-orang yang diberi Al Kitab memang mengetahui, bahwa berpaling ke Masjidil Haram itu adalah benar dari Tuhannya; dan Allah sekali-kali tidak lengah dari apa yang mereka kerjakan.” (QS. Al-Baqarah : 144).



Persoalan bumi itu bulat atau rata, saya bukanlah ahlinya. Tapi angkasawan Muslim dah berkongsi pengalaman dia.

"Sheikh Muszaphar berkata, berdasarkan pengalaman di angkasa lepas, beliau melihat bumi berbentuk sfera atau lebih tepat, geo-sfera selain tertumpu di kutub dan membonjol di garisan Khatulistiwa"


Tepuk dada tanya iman sebagaimana hadis Abu Hurairah, r.a., daripada Nabi S.A.W, bahawa Baginda bersabda: "Aku tinggalkan dalam kalangan kamu dua perkara yang kamu tidak sekali-kali akan sesat selagi kamu berpegang teguh kepada keduanya, iaitu kitab Allah dan sunnah Rasulullah," (S.A.W).


Allahu'alam.





11 views0 comments

Recent Posts

See All

Comments


0139230509

©2019 by Cik Azie Agen MHASB. Proudly created with Wix.com

bottom of page