TOLONG ELAKKAN MAKANAN NI JIKA ANDA ADA ASMA...
Okay tengahari ni saya nak share sikit lah mengenai makanan yang harus dielakkan oleh pesakit asma. Sebenarnya takde lagi makanan yang "ajaib" yang boleh ubati asma ni tapi ada makanan yang boleh buatkan asma anda makin teruk.
Serba sedikit mengenai Asma :
➡ Ia adalah penyakit paru-paru.
➡ Ia disebabkan oleh keradangan kronik saluran pernafasan.
➡ Penghidap asma mempunyai saluran udara yang sensitif kepada sesetengah bahan yang dihidu. Ini dipanggil hiperresponsif. Ia menyebabkan keradangan.
Memang betul pun lain orang lain tindak balas terhadap jenis makanan yang sama tapi adalah lebih baik kalau pesakit asma memantau pemakanan dan mengelak dari makan makanan ini.
1. BUAH-BUAHAN KERING
Buah-buahan kering mengandungi 'Sulfites'. Sulfites ni bahan pengawet untuk panjangkan jangka hayat makanan dan ianya boleh bagi effect kepada penghidap asma. Tengok pada label makanan, kalau ada potassium bisulfite & sodium sulfite baik elakkan.
2. UDANG & MAKANAN LAUT
Udang ni tak kisah lah udang yang beku ataupun sudah dimasak sebab ia mengandungi sulfite juga. Udang sejuk beku ataupun makanan laut yang lain sering mengandungi sulfite sebab fungsi sulfite ni tak nak bagi terbentuknya titik hitam pada udang ataupun makanan laut huhuhu.
3. ACAR @ JERUK
Sebut je makanan ni mesti terliur fuhhh. Untuk penghidap asma ianya tidak elok sebab mengandungi zat sulfur yang boleh memburukkan lagi asma.
4. KENTANG GORENG
Kalau nak tahu kentang goreng ni bukan sahaja mengandungi MSG dan garam malah ia juga mengandungi pengawet bisulfites. Kalau nak juga makan kentang pastikan kentang tu anda yang masak atau rebus sendiri takpun kukus atau bakar dalam oven bukan yang digoreng.
5. BUAH-BUAHAN DALAM TIN
Kandungan pengawet dalam buah-buahan tin boleh merangsang 'bronchospasm' atau simptom asma yang lain. Nak makan buah pastikan buah buahan segar ya yang khasiatnya jauh lebih baik. 😊
Semoga bermanfaat 🙋🏻♂
![](https://static.wixstatic.com/media/b01e2a_1ed0e975ca7e44e9af370bc5f5ce3fac~mv2.jpeg/v1/fill/w_940,h_788,al_c,q_85,enc_auto/b01e2a_1ed0e975ca7e44e9af370bc5f5ce3fac~mv2.jpeg)
Comments